Laman Web SK Serkam Darat
Al-fatihah Allahyarham En.Bahari Bin Ahmad PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 16 Januari 2012 03:52

 

Tanggal 15hb Januari 2012, kami Warga SKSD dikejutkan dengan pemergian Allahyarham En. Bahari Bin Ahmad. Jenazah Beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Rambai Merlimau.Kami Semua amat terasa kehilangan Allahyarham,sesungguhnya kami semua amat merindui senda gurau ,nasihat dan tutur kata serta pandangan yang amat bermakna.Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham En. Bahari dan kami doakan agar rohnya diberkati oleh Allah S.w.t dan ditempatkan dikalangan orang -orang soleh di sisi Allah. Akhirnya kami redha dengan pemergian nya dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah ,kita sebagai manusia hanyalah mampu merancang selebihnya telah ditentukan oleh ALLAh S.W.T.

Al-Fatihah.

 
Hari Pertama Persekolahan SKSD 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 04 Januari 2012 06:32

SELAMAT DATANG,Kami warga SKSD mengalu-alukan kedatangan semua murid baru pra sekolah dan tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2012.Tahniah dan syabas kerana memilih SKSD sebagai sekolah pertama anda.Seiring dengan Visi dan Misi sekolah SKSD akan sentiasa bergerak kehadapan dalam semua bentuk pencapaian yang cemerlang dan gemilang. Selaras dengan perutusan Yang Berusaha Puan Normi Binti Jantan Guru Besar SKSD yang meminta semua warga SKSD sentiasa berusaha lebih gigih,berkerjasama sebagai satu pasukan demi merialisasikan impian VISI dan MISI Sekolah.SELAMAT TAHUN BARU 2012.

 

LAST_UPDATED2
 
Selamat Menjalani Ibadah Haji Puan Unaisah & Puan Azizah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 28 September 2011 13:28

Untuk tahun 2011, 2 orang guru SKSD dijemput untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. Beliau adalah Puan Unaisah binti Berahim dan Puan Azizah binti Abd Majid.

Bersempena dengan itu, Majlis Doa Selamat ringkas diadakan untuk kedua-dua tetamu Allah itu. Di dalam majlis yang menyentuh hati itu, murid-murid diberi peluang bersalaman dengan Puan Unaisah dan Puan Azizah disamping mengirimkan secebis doa.

Photobucket

Warga SKSD mendoakan agar Puan Unaisah dan Puan Azizah dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah disana. Kami turut mendoakan agar selamat perjalanan pergi dan pulang.

Semoga mendapat haji yang mabrur!

 
Majlis Sambutan Hari Raya 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 28 September 2011 11:52

23 Sept - Kedatangan Syawal sememangnya disambut gembira terutamanya kanak-kanak. Sementelah berakhirnya Peperiksaan UPSR, SK Serkam Darat mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis kali ini disambut sederhana tetapi meriah. Warga SKSD dijamu dengan nasi impit dan sambal ikan bilis dan biskut raya yang dibawa oleh murid-murid. Murid-murid yang indah dalam busana Aidilfitri tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan suasana.

Selain itu, jualan lagu dan dedikasi ucapan Hari Raya turut mendapat sambutan hangat di kalangan murid-murid.

Berikut adalah kemeriahan suasana Majlis Sambutan Hari Raya yang sempat dirakam lensa SKSD

Photobucket

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Noticeboard

Noticeboard Error!!

Either noticeboard component is not installed or there are no notices to display.

Tarikh Hijrah

Siapa Bersama Kita

Kami ada 36 tetamu online

Ranking Kami

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Sila Undi

Pendapat anda tentang wajah baru laman web ini?